Saturday, January 24, 2009

Goodbye III

Saya sangat bosanlah hari ini. Jadinya saya ingin membebelah di sini. Jika kamu juga bosan seperti saya, silalah baca.
  1. In case this is my last entry for this month, janganlah tertanya2 saya di mana kerana saya mungkin sedang mengemas, berjimba, dan berdating di KL. Only god knows when I will be connected to the internet again. Rumah baru saya tiada internet, Astro ada lah.

  2. Saya rasa sudah 85% barang2 saya sudah siap di packing. Sangatlah malas nak mengemas. Kemas 5 minit, tengok TV 1 jam. Kemas lagi 10 minit, blogging 1 jam. Ntah bila lah nak siap. Tapi esok sebelum keluar, saya akan tinggalkan bilik saya dalam keadaan yang bersih. Itu yang pasti!

  3. Terujalah tengok handbag baru Coach. Cantik sungguh designnya. Saya sukalah. Tiap2 hari pun nak tengok.Tapi cuma mampu tengok sajalah. Kalaulah saya anak tauke minyak, tak pun tauke balak ke, mesti saya dah beli. Heh. Enchek Pijoi benci sungguh perangai saya yang satu ni. Dia kata, "why do you like to remind yourself that you have no money?" Alaaa, cuci mata kan hobi saya *ngeeee*

  4. Tahu tak SRK ada filem baru? Tajuknya Rab Ne Bana Di Jodi. Teringinnya nak tengok. Lama sungguh tak tengok filem SRK. Siapa nak teman saya pergi beli VCD cetak rompak?? Sebabnya Enchek Pijoi tak nak teman. Siap cakap dia nak banned cerita hindustan kat TV yang baru dia beli tu. Ceehh!

  5. Macam mana kita nak tau tayar kereta kita lembik sikit atau normal? Saya ragu2lah bila tengok tayar kereta saya. Dan saya juga tak reti nak pam tayar. Macam mana ek?

  6. Hmm..sekarang ni saya konpiuslah. Nak kemas ke nak tido. Kemas ke tido? Tidur 5 minit boleh? *hiiihi*
Before that, Goodbye Penang!!;) In case this is my last entry in Penang.
Tata. See you in Damansara-Wood!!

Friday, January 23, 2009

Goodbye II

Hari ini, officially saya adalah seorang penganggur utk 9 hari. Hari ini juga, saya bukan lagi seorang Intel-er. Sedih juga ye rupanya. Mungkin saya seorang yang emosional dan sensitif, jadinya saya agak sedih jugalah tadi. Buat pertama kalinya, saya telah membeli cupcakes buat kawan2 saya. Just a lil appreciation for supporting me all these while:) Thank you.


Dan saya juga dapat hadiah daripada my best cubemate, Gaik Theng. Seronok sangat pagi2 tengok ada hadiah;D Tadaaa. Meet my new teddy called Bebear (pronounce Be as Beca). Esah rasa gedik gile nama tu. Tapi saya sangat sukalah;D Dan Kak Aida sure jeles sebab Bebear saya pakai tag Puddin;p

Kami dan Bebear di cube kecil kami.
Thank you Gaik Theng. I really love it. Will miss you as well:(

Now, I'm just waiting to say goodbye to my room, my another housemate, my apartment, and Penang. I shall have another 2 days to go *sigh* Sedih juga ya.

Dan saya juga baru saja mendapat berita sedih daripada Esah. Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Atok Enon. Al-Fatihah..

Thursday, January 22, 2009

Goodbye I

Malam ni sambil menunggu Enchek Pijoi pulang, saya nak mengimbas cerita2 lama lah pulak. Tak delah lama sangat. Saja nak cerita tentang hidup saya lepas pulang dari Chch dan kemudian terus menetap di Penang seorang diri. Lagipun, esok hari terakhir. Jadi terasa pula nak bercerita. Banyakkan cerita saya? Tapi saya sukalah;p

Sambil tu kita layan lagu *Love Story*. Saya suka. Esah pun suka;)


First dapat offer dari Intel, of course lah saya teruja. Dapat kerja. Baru habis belajar pulak. Jadinya, regardless of the place, saya terima saja. Lagipun saya fikir, bila lagi saya nak round Penang. Selalu datang kejap2 saja. Jadi saya terus accept tanpa fikir panjang.

Tapi lepas pulang ke Malaysia dan terpaksa pergi ke Penang seorang diri, mula rasa nak menyesal. Yela, saya tak ada saudara-mara di Penang ni dan tidak berapa familiar dengan Penang. Kalo setakat Batu Feringhi dan Padang Kota, saya tahulah. Tapi sebab dah terima dan sebab saya teramat malas nak mencari kerja lain. Saya redha. Kenapa perlu tolak rezeki kan?

Mula2 bila fikir pasal bilik, saya risau. Macamana nak cari rumah sewa? Sudahlah baru pulang ke Malaysia, tak de kawan di Penang pulak tu. Tapi nasib baik Raja bagitahu yang cousin Rina, Syad namanya, kerja kat Intel. Jadi saya terus saja cari Syad di Friendster. Berguna juga Friendster akhirnya. Dan dengan senang hati dan berbaik hati, Syad bagi saya tumpang di rumahnya. Sangat lega masa tu. Buat sementara waktu, saya dah ada tempat tinggal. Mulanya, saya ingin drive sendiri saja ke Penang. Kononnya, saya tak mahu menyusahkan adik2 saya, dan ayah tak dapat nak hantar sebab ayah akan berlepas ke Papua New Guinea on the same day saya kena report di Intel. Jadi saya cuba convince kan mama yang saya mampu saja nak drive seorang diri ke Penang. Tapi mama risau. Dia kata saya baru balik dan tak biasa dengan jalan ke utara dan sendirian pulak tu. Tapi akhirnya, Enchek Pijoi kesayangan dengan senang hati ingin menghantar saya ke Penang. Jadi setel lah kerisauan mama tu.

Mula2 datang Penang tak banyak barang yang saya bawak. Sama seperti ketika saya mahu berlepas ke Chch. Tapi lebih sedikit sebab ada bantal dan selimut. Jadinya saya hanya bawa 1 luggage besar, bantal dan selimut. Itu saja. Yelah nak tumpang rumah orang, takkan nak angkut banyak2. Lagipun lecehlah banyak2 barang. Macam sekarang ni. Pening kepala saya fikir macamana nak muatkan barang2 saya yang tetiba jadi banyak dalam 1 kereta saja. Nyesal beli banyak barang *sigh* Ok sambung. Then, mula2 saya ingat, Intel seperti company2 lain yang saya bayangkan. Population races seimbang. Tapi rupanya majority population berpihak kepada 1 bangsa yang saya rasa sangatlah kronik. Di Finance dept, cuma ada 10 orang saja berbangsa lain. Jadinya saya bermasalah mencari rumah sewa *sigh* Tapi saya sangatlah bernasib baik sebab seminggu lepas tu, Syad kenalkan saya dengan housemates saya yang sekarang ni:) Jadi setel problem bilik sewa.

Mula2 sampai Penang, saya shock. Sangat shock melihat berjuta motorsikal di jalan raya. Dan kereta juga banyak dan sangat reckless pemandunya. Saya baru pulang dari tempat yang population kambing biri2 nya lebih banyak daripada manusia dan tiada motosikal, jadi tentulah saya terkejut. Dengan itu, selama 2 bulan saya sangat stress memandu. Jika saya drive, saya ingin cepat sampai dan kalau boleh tidak mahu ke mana2 lagi. Saya takut. Saya stress. Sebab kestressan saya ni, rim kereta adik saya calar balar. Kasihan *ngeeee*

Saya juga shock dengan persekitaran. Ye, kamu boleh kata saya tak sedar diri. Duduk di negara orang baru 3 tahun tapi bila pulang boleh kena culture shock. Cakaplah. Saya tidak kisah sebab itu yang saya rasa. Tapi siapa2 pun boleh rasa jika kamu terdampar di negeri orang seorang diri, tanpa sesiapa yang kamu kenal. Everyone was like a stranger to me. Sungguh shock. Baru kerja pulak. Lagi lah saya shock. Sampai satu hari, saya tak tahan, bila pulang dari kerja saya menangis2 tanpa henti sambil bebel kepada mama sampai mama risau dan terus suruh berhenti kerja. Tapi yang saya pelik lepas saya menangis, meraung macam mati anak, saya terus ok. Hilang semua shock. Hilang semua rasa tak best. Terus rasa hidup saya normal tanpa bebanan. Kalau saya tahu, awal2 saya dah nangis. Ni dah simpan 2 bulan baru nak nangis. Buang karan betullah *hihi*

Lepas saja daripada insiden2 tersebut, hidup saya normal saja. Mula2 bosan tapi lama2 okay. Tapi weekend saja saya merayap. Selalunya saya tiada di Penang. Kalau bukan di KL, saya di JB, tak pun di Taiping, dan bila Fiza sudah pulang, saya di Alor Star pula. Banyakkan kampung saya *hihi*

Ahhh..cepat je masa berlalu. Rasa macam saya baru saja pulang ke Msia. Baru terpinga2. Tapi esok dah tamat hidup saya di Penang. Walaupun tak berapa best hidup di Penang sendirian, tapi this will be one of the best experiences that I have. Seriously!;D

Cheesecake

Esok last day. Esok. Esok sahaja. YEAY!!! :)

Hari ini sama seperti semalam dan kelmarin. Tak ada kerja lagi. Cuma blog hopping, update blog, check fb, chatting dan download lagu. Jadi bare with my daily updates ya. Sungguh membosankan. Nasib baik juga citarasa lagu Enchek Pijoi sama seperti saya. Jadi saya download semua lagu2 kegemaran kami.

Hari ini juga saya telah berbaik hati berkogsi resepi cheesecake dan tiramisu dengan bos dan colleague saya. Oleh itu, saya nak juga berkongsi resepi cheesecake ini dengan anda yang lain. Resepi ini resepi Neng, kawan saya yang sangat pro buat kek especially kek lapis sarawak. Tapi saya share 1 resepi jela. Yang lain tanya dia sendiri *ngeee*

Stressed Cheesecake (baked)

Ingredients:

1kg cream cheese

10 eggs
Sugar (follow the eggs. If 10 eggs can fit into 1 glass so the sugar should be 1 glass)
1 cup of wheat flour
250g unsalted butter
¼ tin condensed milk
1 tbs vanilla essence

Steps:

Mix & beat the eggs & sugar until fluffy in one large bowl *bowl A*
In another large bowl *bowl B* mix & beat cream cheese and unsalted butter until smooth.
Then combine ingredients in bowl A and bowl B together and mix it for a while until smooth.
At the same time, pour 1 cup of flour bit by bit while the mixer still beating the ingredients
Add the ¼ tin of condensed milk and 1tbs of vanilla essence.
After all the ingredients are well mixed and beaten until smooth, pour the ingredients into a cake tin which has been layered with a baking paper. Bake the cake for 1 ½ hours at 160c temperature.

Stressed Cheesecake ni sangat sedap dan sangat mudah dibuat ya. First time saya cuba masa saya 1st year di uni. Surprise untuk birthday Opa. Jadi, apa lagi. Cubalah.

*Happy baking!!* sambil dengar lagu ini ya. Saya sangat suka.



Wednesday, January 21, 2009

Biarkan begitu..

Saya masih tertekan. Tapi kadang2 saja. Bila saya terfikir saya akan tertekan. Terkadang berdebar. Cepatlah masa berlalu. Biar saya dapat melupakan *sigh*

Sekarang baru saya sedar. Kerja itu lebih hebat penangannya daripada exam. Jika berjaya, terasa gembira yang amat lebih daripada perasaan di hari graduation. Dan jika sebaliknya, perasaannya lebih teruk daripada gagal dalam exam. Jika saya kata dunia saya kelam seketika, tipulah. Sungguh exaggerate. Tapi saya baru sedar, kepuasan diri untuk kerja itu penting. Teramat penting. Boleh buat saya happy, sedih, tension dan segala macam perasaan yang wujud. Dan saya hanya manusia biasa. Saya perlukan kepuasan itu. Bukan yang maksima, cukuplah sekadar memberi sedikit kegembiraan.

Buat kali ini, saya perlu tinggalkan. Tidak perlu lupakan sebab itu pengajaran buat diri sendiri. Saya patut bersyukur saya punya peluang yang lain. Harap2 tidak berulang lagi. Saya perlu berubah. Dan mencari kepuasan itu lagi *sigh*

Kala ini, saya cuma perlu waktu. Sedikit waktu untuk menenangkan jiwa. Dan saya juga perlukan kamu yang ketika ini terlalu sibuk dengan kerja*sigh*

Tuesday, January 20, 2009

Kenapakah??

Saya resah. Saya gelisah. Benarlah kata orang, malang memang tak berbau. Sudahlah jatuh di timpa tangga pulak *sigh* Kenapa saya? Kenapa sekarang? Tapi semuanya salah saya. Saya sedar. Saya tahu. Tak perlu saya nak argue. Cuma saya rasa bersalah. Tak boleh nak henti kutuk diri sendiri. Saya mahu pulang. Saya mahu pergi jauh secepatnya *sigh*

Esah pesan, "Bacalah doa nabi Yunus. Tenangkan hati di kala kesusahan". Terima kasih saya sudah sedikit tenang. Terima kasih Tuhan.

Uda pesan, "Belanjalah makan. Amik hati." Ya, saya sudah fikirkan alternative yang lain.

Pijoi pesan, "Go awak go. Just wave and say goodbye". I said I'm serious but I'll do it slowly and quietly and dissappear.

Jika saja saya dapat putarkan masa. Jika saja doraemon wujud. Tentu mudah urusan saya. Tidak perlu saya seresah ini. Tapi itu hanyalah jika. Apa yang pasti, saya perlu buat sesuatu. PERLU! Tapi bagaimana? *sigh*

Monday, January 19, 2009

Facebook & Suweetheart

My beloved fiance has joined fb!! Wohoooooo.

You must say, 'ya, then so what?' C'mon. It's a big surprise ohkay. After a year, I repeat, A YEAR I pursuaded him to join in and after hearing 1000s of why-I-should-have-fb reasons, at last he joined as a fb member today. Dan itu pun after I blackmailed him that I will open his fb account on my own. HAHA. So jangan terkejut tengok status dia 'Hafizul Amin is forced to join face-wateva-book' tu ye *hihi* Tak kisahlah, yang penting Enchek Pijoi dah ada fb. YEAY! I'm so happy. Terasa macam menang Juara Lagu lak;p

So now, I can change my fb status to 'Engaged to Hafizul Amin'. Err actly changed already this afternoon *ngeee*

AJL 23

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna
AJL 23 dah habis with Meet Uncle Hussein as the overall winner. Tapi saya masih rasa Sampai Syurga yang patut menang. Sungguh down ye bila malam tadi ade twist ending. Baru nak sorak sakan sebab ingatkan Sampai Syurga yang menang. Sekali tengok Lagu Untukmu laa pulak *sigh*
Walaupun sucks gile Faizal Tahir kaler kuku dia warna hitam, tapi suara dia tersangat mantap. Lagu Coba, saya rasa biasa saja. Memang puas saya kutuk dengan Esah di YM sebab kuku dia Faizal warna hitam. Nasib baik Fiza takde, pergi tengok AJL kat bilik TV kot, kalau tak, boleh conference kutuk-mengutuk HAHA Tapi he proved me wrong. Walaupun kuku hitam tapi dia sangat mantap. Sampai Syurga terus buat saya jatuh hati. Dah laa persembahan dia menarik. It is just simple but unique. Macam tengok video klip pulak. Menarik plisss. Tapi suara dia memang mantap. Aaahhh I just fall in love with Sampai Syurga *high*
Apa yang buat saya tak puas hati tentang AJL 23 ni is Juara Etnik Kreatif kot. Ada ke patut Farawahida menang. Tak best langsung plis. Walaupun kipas2 Cina yang besar tu menarik, yang kalau Kakok nampak sure terus nak beli, tapi still lagu dia tak best langsung. Benci Ahh lagu tu. Lagu Aiman lagi best. Tapi buruk gile attire dia. Over nak mampus. Paling menyampah tengok topi dia tu lah. Padan muka berat sampai tak leh nak menari HAHA Dah tu pakai make up lagi. Hish siapa laa dia punya PA ke designer ke. Dia tu hensem laa jugak. Tapi sebab semalam boleh spoil mood tengok. Lantak dia lah. Dia suka kot. Meet Uncle Hussein memang not bad. Masa diorang di announced as Juara Pop Rock, saya dah rasa bahang2 dah. Sengit nih. Suara lead singer dia memang lah mantap kan. Tak yah cakap lah. Tapi saya takut sikit lah tengok muka dia. Teringat Joker.
Well, apapun, tahniah lah semua yang menang. Walaupun saya sedih sebab Sampai Syurga tak menang, tapi saya still duk dengar sampai sekarang *ngeeee*

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sunday, January 18, 2009

Ex, me, and Housemate

Last night was really wonderful and fun!;D Saya telah berdating dengan 2 org ex-housemates berserta current, existing housemate di Teluk Tempoyak. Makan2 seafood. Walaupun, seafood di sini tidaklah begitu sedap berbangding2 seafood lain yang pernah saya makan selama ni, tapi layan lah. Dah beli, makan jela kan. Asal perut kenyang, dah masyuuuk. Alhamdullillah.


Saya bukan nak review pasal food tp nak cerita pasal ex-housemates ku. Mereka ialah housemate saya ketika saya berada di Intec. Walaupun, pada mulanya, saya terpaksa masuk ke flat mereka dek dihalau sekumpulan geng c*na, dan mereka juga bukanlah group Ausmat tetapi ALM kerana mereka ialah bakal2 doktor, tapi saya redha saja. Dan keredhaan saya menghasilkan a priceless friendship.Siapa sangka dan saya amat bersyukur. Memang betul kata orang, setiap yang jadi ada hikmahnya dan yang terbaik buat kita. Walaupun kami hanya sempat bersama selama 6 bulan kerana selepas itu mereka berlepas ke Dublin, tapi cukup untuk membuatkan hidup saya sangat happening.


Jadi, malam tadi, selepas hampir 6 tahun tidak berjumpa, kami decided nak jumpa sebelum saya move out from Penang for good. Oh ya, mereka sekarang ni masih di Penang Medical College (PMC) untuk semester yang terakhir sebelum bergelar doktor. Semestinya malam tadi saya begitu2 excited sekali. Biasalah saya, bila dah bertahun2 tidak berjumpa kawan, bila berjumpa excited banget ye. Dan saya baru realised yang hampir semua my best girlfriends mempunyai characteristics yang sama iaitu cakap punyalah banyak, bila jumpa nak update semua benda walaupun ade masa 2-3 jam saja, dan bila saja nak update, cakap super laju macam lrt *ngeee* Jadinya malam tadi, walaupun kami sibuk makan, tapi mulut juga tak henti cakap. Buruk gile perangai;p Bergambar juga adalah benda wajib, walaupun camera Kak Hanis macam weng2 sikit. Takpelah, asal ada gambar;p

Saya dan ex-housemates, Kak Hanis n Kak NaZ

Diapit oleh ex-housemate n current housemate, Fiza:D

Kami pulang jam 11 malam lepas kekenyang yang amat *alhamdullillah*. Dan Kak Naz dengan berbaik hati dan tersangatlah insist nak belanja. Katanya belanja belated birthday girl;p Tenkiu2. Lebiu u ols. Next time kita pegi Ole2 Bali pulak ye *hihi*

Saturday, January 17, 2009

my best friend's girl

I'm currently reading this book:
My best friends's girl by Dorothy Koomson
And I just cant stop crying and crying. Sangat sedih plissss.. :( Ok I need to continue reading. So, later ya.
Oh btw, here are some words about this book, in case you're wondering *ngeeee*
What would you do for the best friend who broke your heart?
Best friends Kamryn Matika and Adele Brannon thought nothing could come between them - until Adele did the unthinkable and slept with Kamryn's fiancé, Nate. Worse still, she got pregnant and had his child. When Kamryn discovered the truth about their betrayal she vowed never to see any of them again.
Two years later, Kamryn receives a letter from Adele asking her to visit her in hospital. Adele is dying and begs Kamryn to adopt her daughter, Tegan. With a great job and a hectic social life, the last thing Kamryn needs is a five year old to disrupt things. Especially not one who reminds her of Nate. But with no one else to take care of Tegan and Adele fading fast, does she have any other choice? So begins a difficult journey that leads Kamryn towards forgiveness, love, responsibility and, ultimately, a better understanding of herself.


Happy reading, readers;)

Thursday, January 15, 2009

WHY??!!!

Economic recession has become more serious and worst. A lot more retrenchment has been done for some companies and most are the big, major one. And some more it is predicted that 2009 recession will become worsen than 2008 and this may also prolong for another 3 years. Very bad isnt it? On top of this, I just cant understand why Israel still attack Palestin in this kind of condition? Semoga tuhan merejam keturunan kamu!

Anyway, I cant wait to leave my beloved company by next Friday even more nowadays. Why?

  1. I cant stand anymore with the super spoon fed people. I am not talking about 1 or 2 passdowns but more than that and you already have looked at how I did it right? So please lady, for god sake, do it on your own and learn how to do it for seconds!!!
  2. Well, I know moving to another company is not a good decision right now. Even all aunties and nenek know about it. So, please stop reminding me. Just STOP it. I had enough. Afterall I believed in god's fate. Tuhan yang beri rezeki. Bukan Intel bukan IBM. Got it? So dont simply say I might be retrenched coz you'll never know your own fate!
  3. Is it wrong to get marry at my age? Is it wrong to tie the knot with my true love? I dont count my money but I do count my happiness. Plus I dont spend yours so mind your own business. HEH.

I just wonder laa, kenapa makin nak pindah makin nak benci? *sigh* Redha sajalah dengan ketentuan tuhan.

ps: Sorry for the harsh words. Saya sangat emotional harini.

Wednesday, January 14, 2009

It's closed!

After the 100th thoughts..
After listening to 100th advices..
After the 100th discussions..
And after the 100th considerations..

I have decided that I will go for the akak Janda's house. Why??
  1. I can easily move out later. And afterall I will only suck it up for 10 months.
  2. Leave with 3 strangers girls will be a bit risky. Whether it is OK or it is bloody sucks!
  3. I have viewed akak Janda's house but I havent take a look at the condo's and the flatmates yet (which I would have no time to do so).
  4. Akak Janda seems cool and can be a good company.
  5. About the parking problem, let's see how it goes for a month, then only I think whether I should move to other place or Pijoi needs to send me to the office during closing period or maybe Pijoi can keep my car safely at his apartment or any other alternatives that I yet to think of.
  6. My instinct told me so.
  7. I think it is a good experience to live with akak Janda which is obviously older than me. It is cool, isnt it?;p

So now, I shall close this issue and have a rest;) Thanks to some of my friends, cousins, and my enchek berkude whom sincerely gave the advices. Lebiu guys!!!!

dilemma

Condo ke Apartment?

Huuu..saya confuse. Saya dalam dilemma. Kalau ditimbang2, masing2 ada kelebihan tersendiri. Okeh, mari senaraikan apa kelebihan masing2.

Apartment Palma Puteri, Kota Damansara
  • Housemate is the owner whom a single mother with 3 children. Tapi anak2 tak duduk situ. Just datang sekali sekali at least once in a month.
  • House is fully furnished with Astro
  • Small unfurnished room
  • Rent is RM250 per month exclude utilities.
  • Deposit is 1+1. No deposit for utilities.
  • Parking space available only at visitor parking but subjected to siapa cepat dia dapat.
  • Easy to move out with deposit.

D'Rimba Condominium, Kota Damansara

  • Has 3 existing muslim lady housemates.
  • House is fully furnished with Astro
  • Small unfurnished room
  • Rent is RM250 per month exclude utilities.
  • Deposit is 2+1+RM100 utilities deposit.
  • Ample parking space. Everyone can park inside even if no sticker.
  • Have condo facitilities ie: swimming pool, gym, club house. etc
  • To move out need to find a new tenant to refund the deposit.

Okey, now my concerns are those that are highlighted in purple. I really need a parking space to make sure that my car is safe enough. But at the same time I want a room that I can move out easily because I plan to do so in Dec'09.

Obviously, I prefer the condo but then at the second thought, can I easily get a replacement in order to refund my deposit? Both the condo and Apartment are not a public transport friendly which means you need a car to get there or to go to another places. So I am afraid that I wont get any new resident to replace me and thus, burnt my RM500 deposit. Wooooo..Mau nangis kalau burnt.

But then, the apartment is not bad just that I'm afraid I will be coming back late from work and no parking space anymore. And become worst if my car would scratch or get bump to other car since I dont have a proper parking. But afterall, I dont need to think of a replacement and can easily get my deposit back.

Ohhh my. Why so hard?? Sila bantu, my dearest friends!:(

Monday, January 12, 2009

10 January 2009

I am blessed with a wonderful birthday celebration with my soulmate and full of warm wishes by all of my friends over the globe. Eversince the clock struck 12 midnight, my mobile wasnt stop vibrating (ok exeggerate lebey) walaupon ada juga yang jam nya lambat 1 jam setengah *hihi* Terima kasih sume for the thoughts and wishes even just a note in fb, frenster, or txt. You have really made my day!;)


Saya telah ke KL untuk celebrate besday with Enchek Pijoi. Walaupon tiada surprise and was a simple celebration, but I was really happy. Especially, ketika saya cuba mengupdate Enchek Pijoi dengan cerita2 Fiza. Saya banyak ketawa daripada bercerita. Bukan sebab saya membuat lawak, tapi sebab saya duk terbayang gaya fiza bercerita dengan semangat berserta gaya seperti tukang karut yang pro. Sepatutnya ceritanya selama 3-4 jam, tapi bila saya cube cerita kat Enchek Pijoi, jadi 1 jam pulak. Yang lagi 2-3 jam saya gelak kot. Ntahla, tak perasan pulak sebab saya lebih excited nak mengupdate dari tengok jam.

Comel kan saya dengan handbag baru?;p

Well, basically, last saturday, kami just jalan2, shopping2, kat Mid Valley and The Gardens saja. Sememangnya saya excited sikit kalo sale kat KL sebab lagi banyak choices. So sempatlah juga saya merembat 1 handbag yang boleh diclaim daripada Enchek Pijoi. Dan sebab terlalu excited dapat handbag dari kekasih hati, maka on the spot saya terus guna. Comel kan saya, terus appreciate? Lagipun saya memang terasa extra comel bila pakai handbag itu *ngeee* Jadinya lepas ni Enchek Pijoi, Esah, dan Fizz tidak lah menyampah tengok handbag putih saya yang kotor itu walaupun dah 10 kali saya basuh. So project weekend ni ialah membasuh lagi handbag putih untuk yang ke 11 kalinya. Saya juga sempat merembat seluar slack hitam kat padini sebab ade sale 70%. Nasib baik peha saya dah kurus sikit, jadinya dapatlah saya merembat slack hitam itu. Terasa bangga jugak sebab dapat beli slack yang murah *hihi* Rezeki besday girl!

Kemudian, saya teringin juga nak merembat sepasang kasut, tapi disebabkan terlalulah ramai manusia di kedai2 kasut, maka saya cancel saja. Tak larat dah nak merebut. Dah 24 tahun kan *hihi* Jadinya saya just meronda2 di Mid Valley dan The Gardens sampai kaki ni penat. Yela, dah 24 tahun kan. So kami decided untuk lepak saja di Big Apple. Besday girl teringin nak makan Chocoholic Donut. Saya pun dengan semangatnya tunjuk kat Enchek Pijoi donut kegemaran. Then terus cari tempat duduk. Lepas saje Enchek Pijoi datang bawak donut, tengok2, it was not a chocoholic donut. Down. Enchek Pijoi ada sound trouble kot. Eh tak, tak, I sounded very softly actly, sebab tu tak dengar. Mula2 saya rasa agak spoiled sebab dapat nut-ape-ntah-nama-dia donut, dan mula nak merajuk. Tapi bila rasa, sedap jugak. So tak jadi nak merajuk dan sambung ketawa2 session instead *hihi* I noted that, that saturday, saya banyak ketawa. Mungkin saya high and angau kot *ngeee* Alasan, sebenarnya saya memang kuat ketawa HAHA


Walaupun tersalah beli donut, I think he looks cute in this picture. Sila jangan muntah ye, kawan2;p












Saya yang tak boleh berhenti ketawa *ngeee*



Kami tengok Outlander juga. Boleh tahan best lah. Tapi LOTR lagi best walaupun produced by the same director. Tapi still, tahap boleh layan. So tak rugi laa jugak rm20 saya sebab besday girl telah berbaik hati nak belanja Enchek Pijoi;)
We had dinner at Bora Asmara. Esah kata nama restoran ni tak boleh blah. Tapi layan la. Ala2 Bali candle light dinner gitu *hihi* Jangan jeles ye walaupun mama saya pun jeles;p Masa tengah makan tu, saya terdengar laa ada orang nyanyi2 lagu besday. Sayup2 je. Tapi jangan perasan pliss. Bukan untuk saya ye tapi untuk orang lain. HEH. Kat situ kalau buat special reservation for besday, akan ada 1 group akan datang to your table and nyanyi lagu special for you. Tapi disebabkan Enchek Pijoi pandai dan tidak membuat reservation, maka tiadalah lagu besday untuk saya. HEH. Tapi nasib baik, before kami pulang, that music group nyanyi lagu besday kat meja sebelah kitorang. So Enchek Pijoi dengan romantiknya nyanyikan lagu besday untuk saya dengan iringan muzik dari meja sebelah. So at least, ade lah juga lagu besday untuk saya, kan;D Ohh lupa pulak nak komen tentang food. Food, sedap but NOT super sedap. But the ambiance nice. Kalau nak wat reunion menarik kot sebab ada pondok yang comel untuk makan. Maybe next time kalau korang nak celebrate besday saya kat sini, jangan segan ya. I tak kesah. But make sure buat reservation tau *ngeeee*

Before I end the entry, this belated birthday girl ada benda yang nak dikongsi. Tak de apa yang important just rasa pelik dengan this girl (yes, I know she is exteremely rich or at least her dad is super rich) How come huh she can have like more than 20 wishlists? Ada ke orang yang nak layan? Maybe kasta dia memang macam tu kot. Ntah2. This belated besday girl always wonder on the wish lists thingy stuff. Adakah mereka desparate to have special presents? Or Adakah mereka materialistik? Adakah mereka sedih sebab mereka sudah semakin tua, maka perlukan hadiah? Adakah? Adakah? Sila bantu. And since I am a normal, kais pagi makan pagi and need to save money for even just a room deposit payment, I belived, I shouldnt have one. Sure kene sekeh!

Thursday, January 8, 2009

Baliklah..

Dah pukul 10.30mlm so saya dah mengantuk. Tapi saya tak boleh tidur lagi sebab saya sangat risau sekarang ni. Enchek Pijoi tak balik lagi. And it is happened that his hp is out of battery. Eiii geram betul tau. Dah banyak kali dah ingatkan dia selalu charge hp tapi degil. Eiiii gerammmmmnyeeeeeeee!!!! Suka buat saya risau macam ni. Dah malam tak balik2. Tak call pun. Dan saya pun lupa nak tanya dia before balik ofis tadi die busy ke tak arini. Haih kenapa laa saya ni pun lalai sangat. Asyik lupa memanjang *sigh*

Bile nak balik ni awak?? Cepatlah balik, call saya. Saya risau sangat ni. Nanti saya tak boleh tidur:( Cepatlah balik. Cepatlah..

*sigh*

Hello, Gud morning everyone!!

Sure korang kata, takde kerja aku ni pagi2 dah tulis blog kan? Baru masuk ofice tak sampai sejam, tangan saya ni dah gatal nak berblogging. Bukan takde kerja, berlambak je soalan auditor saya tak jawab lagi, tapi saja nak biarkan, buat sikit2, at least terasa glamour laa jugak bila sehari ade 3-4 kali orang cari saya kat cube. Kalaulah enchek Pijoi yang audit a/c saya, sure saja je saya cari pasal nak suruh dia datang cari saya kat cube 10 kali sehari *hihi*

Okeh2, sebenarnya bukan nak cerita pasal ni, tapi nak cerita pasal itu. Tengah sedih sebenarnya. Takde laa sedih sangat tapi sedih jugak. Saja nak bagitau satu dunia saya sedih. Jarang woo sedih sekarang ni sebab dah lama tak layan hindustan. Tapi adik Fiz cakap SRK ada filem baru. Ok sure kena cari lepas ni baru boleh layan sedih. Tapi ada yang review filem Ps: I love U pon sedih n sweet gak. Haih. Nak tengok. Tapi tak mo tengok kat wayang. Segan nak melalak. Nak tengok sorang tak feel. Kene cari teman nanges. Esahh, Fizz, Alianess, jom tangkap lalak! *hihi* Apa aku merepek ni?

Okeh sambung balik. Walaupun semua dah back to what I've planned tapi ada benda yang buat saya sedih. Saya tak nak tangguh lagi dah. Sehari pon tak nak. Down gile okeh bila saya dah planned tapi benda jadi tak ikut plan. Ye, saya tahu, kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan, tapi saya down gile jugak. Well, macam yang Fizz n Esah cakap, Januari people pelik sikit *huhu* Takpelah, masih ada masa lagi. Dan saya harap, saya takkan sedih bila terfikir tentang ini *fingers crossed*

Tapi bila saya fikir balik, apalah sangat sedih saya berbanding kesedihan rakyat palestin. Apalah sangat masalah saya berbanding masalah hidup mati mereka. Setiap hari, berita pasal keganasan Israel dan penderitaan Palestin, buat saya nangis. Ingatkan Obama mampu membuat perubahan, tapi tak. Teringat cerita Sidney Sheldon, The Best Laid Plans, tentang seorang pemuda biasa yang dilobi oleh bapa mertua yang berpengaruh sehingga menjadi US presiden, tentang peperangan di Bosnia, dan tentang dendam seorang perempuan. Saya still dapat bayangkan tentang perasaan seorang wartawan yang cuba membuat liputan di Bosnia tentang kehidupan kanak2 di situ, ketakutan rakyat Bosnia, kematian yang berjuta, seems like everything is so real even though I just read it. Okeh, sekali lagi, saya memang begini. Suka terbawak2 perasaan macam saya yang jadi watak2 dalam buku tu ya. Mungkin lepas ni saya boleh tukar kerjaya menjadi pelakon sebab saya sangat berkebolehan untuk menjiwai semua watak.

Saya rasa patutlah saya stop di sini saja. Saya just nak bagitau saya sedih je. Tapi dah merepek macam2 plak *sambil menarik nafas panjang dan berfikir nak makan apa lunch nanti sebab perut dah menyanyi dengan riang seperti Esah yang kelaparan sebab puasa tapi tak sahur*

Monday, January 5, 2009

Larlewinks Outings

Many people will walk in and out of your life, but only true friends will leave footprints in your heart
WOW WOW wow...

I was blisfully happy spending the whole weekend with my larlewinkss. Setelah setahun tak jumpa Esah dan sebulan tak jumpa Fiza maka saya sangat, sAnGat, dan SANGAT seronok hokay! Kami bertiga telah berjimba-jimba di Alor Star dan telah disponsor hampir sepenuhnya oleh Dato n Datin Sharin *hihi* Well, basically aktiviti kami sepanjang minggu ialah cakap, cakap, cakap dan cakap lagi. Kalau tak cakap ialah ketawa, makan, mandi, tidur, dan sembahyang. Punyalah banyak cakap, sampai kami sakit tekak dan ada orang tu sampai ada 4 ulser. HAHA banyakkan cerita kami? Kalau diberi masa sampai seminggu pon, kami boleh je continue aktivti cakap ni *hihi*
Anyway here's some photos yang sempat kami snap. Tak banyak sebab like I said most of the times kami bercakap di atas katil Fiz yang empuk *ngeee*





Shopping brooch kat Padang Besar sampai berpinar mata tengok banyak sangat lip lap lip lap. Akak brooch bengang sebab kami tak beli pon HAHA


Semua kedai brooch kami singgah sebab nak dapat harga yang paling murah. Esah cuba berlagak seperti makcik2 yang tekun menelek brooch.


Esah dipaksa posing HEHE






Makan time!! YEAY



1ABC, 2 Cendol Pulut, dan Cucur Udang. Sangat sedap. Sampai arini saya duk teringat lagi *sigh*









Makan lagi. I had my fav bihun sup utara at Pekan Rabu;D


Terima kasih to Fiz and family di atas segala layanan yang sangat mesra. Nanti2 kita jumpa lagi and buat gathering lagi ok ;)

 

Template by Best Web Hosting