Sunday, January 18, 2009

Ex, me, and Housemate

Last night was really wonderful and fun!;D Saya telah berdating dengan 2 org ex-housemates berserta current, existing housemate di Teluk Tempoyak. Makan2 seafood. Walaupun, seafood di sini tidaklah begitu sedap berbangding2 seafood lain yang pernah saya makan selama ni, tapi layan lah. Dah beli, makan jela kan. Asal perut kenyang, dah masyuuuk. Alhamdullillah.


Saya bukan nak review pasal food tp nak cerita pasal ex-housemates ku. Mereka ialah housemate saya ketika saya berada di Intec. Walaupun, pada mulanya, saya terpaksa masuk ke flat mereka dek dihalau sekumpulan geng c*na, dan mereka juga bukanlah group Ausmat tetapi ALM kerana mereka ialah bakal2 doktor, tapi saya redha saja. Dan keredhaan saya menghasilkan a priceless friendship.Siapa sangka dan saya amat bersyukur. Memang betul kata orang, setiap yang jadi ada hikmahnya dan yang terbaik buat kita. Walaupun kami hanya sempat bersama selama 6 bulan kerana selepas itu mereka berlepas ke Dublin, tapi cukup untuk membuatkan hidup saya sangat happening.


Jadi, malam tadi, selepas hampir 6 tahun tidak berjumpa, kami decided nak jumpa sebelum saya move out from Penang for good. Oh ya, mereka sekarang ni masih di Penang Medical College (PMC) untuk semester yang terakhir sebelum bergelar doktor. Semestinya malam tadi saya begitu2 excited sekali. Biasalah saya, bila dah bertahun2 tidak berjumpa kawan, bila berjumpa excited banget ye. Dan saya baru realised yang hampir semua my best girlfriends mempunyai characteristics yang sama iaitu cakap punyalah banyak, bila jumpa nak update semua benda walaupun ade masa 2-3 jam saja, dan bila saja nak update, cakap super laju macam lrt *ngeee* Jadinya malam tadi, walaupun kami sibuk makan, tapi mulut juga tak henti cakap. Buruk gile perangai;p Bergambar juga adalah benda wajib, walaupun camera Kak Hanis macam weng2 sikit. Takpelah, asal ada gambar;p

Saya dan ex-housemates, Kak Hanis n Kak NaZ

Diapit oleh ex-housemate n current housemate, Fiza:D

Kami pulang jam 11 malam lepas kekenyang yang amat *alhamdullillah*. Dan Kak Naz dengan berbaik hati dan tersangatlah insist nak belanja. Katanya belanja belated birthday girl;p Tenkiu2. Lebiu u ols. Next time kita pegi Ole2 Bali pulak ye *hihi*

No comments:

 

Template by Best Web Hosting