Monday, March 2, 2009

Rewind 5 Years Back

Apa yang kamu hendak buat jika kamu boleh putarkan masa 5 tahun yang lepas? Itu hot chat Hot.fm pagi tadi. Ada yang jawab, nak kurus seperti 5 tahun yang lepas, jadi kawan2 tidak panggil die BULAT tetapi panggil dia CANTIK. Ada pulak yang nak kembali bersama bekas tunang dan menjadi tunang yang terbaik. Dan macam2 lagilah. Saya tak dapat pula nak dengar banyak2 sebab dah sampai ofis. Tapi bila saya fikir balik, apa yang saya akan buat kalau saya boleh putarkan balik 5 tahun yang lepas?

Saya rasa time tu saya masih berada di Intec. Sebab saya dapat result yang teruk dan cukup2 makan saja, jadi saya nak menjadi pelajar yang cemerlang. Jadi saya boleh beri kebenaran kepada mama dan ayah untuk datang semasa Hari Penyampaian Sijil Ausmat dan berasa bangga di atas pentas.

Kedua, saya tidak mahu bercinta (ketika itulah) dan menghabiskan zaman muda mudi remaja bersama rakan2. Sebab saya banyak dating daripada enjoy bersama rakan, maka saya sedikit regret. Tidak remajanya saya! Dan semestinya membazirkan masa dan tenagalah bercinta (ketika itu juga). Buang karan, buang air mata betullah! Heh. Tapi, padanlah muka aku. Kecik2 dah gedik.

Tapi, bila fikir2 balik, saya tak mahulah ulang apa2 yang dah lepas. Sebabnya, jika tiada yang lepas, macamana nak ada hari ini. Jika tiada saya yang dulu, bagaimana saya hari ini? Jika tiada yang bekas, how to appreciate the beloved fiance? Tak boleh fikir jika tiada the fiance (ketika ini dan akan datanglah semestinya). Dan yang tak best, jika tiada fiance, macamana saya nak rasa bahagia dan gembira merancang perkahwinan saya? Okeh gedik tak gediklah kan saya, setiap hari duk menghitung hari bila nak bulan 11. Tu tak campur lagi berangan perasaan time tengok pelamin angan2, tengok bilik yang cantik, tengok bunga2an, debar2 si pengantin (eceh!), pakai inai, owh really I cant wait! Super gedik? I am. Sile sekeh untuk kembali ke ofis.

Owh tapi, jika saya di beri kesempatan untuk ulang hari ini, saya nak! Nyesal gila datang kerja pukul 8 pagi, gara2 percaya bulat2 cakap trainer yang bila time closing, saya patut datang pukul 8 pagi sebab Malaysia is lagging 1 hour from Japan. Tapi, pukul 8 pagi sampai, saya kepanasan, aircond tak switch on lagi dan menjadi makhluk pertama datang ke ofis. Panas tak panas. Yang ni aku nak rewind!!

2 comments:

^^, said...

Haha funny.
Klu aku la, aku pun taknak rewind.
Aku nak rewind my previous year. Haha. Nak blajar rajin2 n cari keje awal2. Huhu..tp ape kan daya yg lepas tu takboleh diulang semulaaaaaaa...uwa uwa uwaaa...

~ said...

huhuh xpelah esah..
rezeki tu tuhan yg kasi..yg penting ko usaha dan tawakal. yg lain2 tu ko serah je..ok??
dun sedey2! g hantar resume tu cepat. aku rase diorg tgh nk pakai org tu;)

 

Template by Best Web Hosting