Thursday, January 8, 2009

*sigh*

Hello, Gud morning everyone!!

Sure korang kata, takde kerja aku ni pagi2 dah tulis blog kan? Baru masuk ofice tak sampai sejam, tangan saya ni dah gatal nak berblogging. Bukan takde kerja, berlambak je soalan auditor saya tak jawab lagi, tapi saja nak biarkan, buat sikit2, at least terasa glamour laa jugak bila sehari ade 3-4 kali orang cari saya kat cube. Kalaulah enchek Pijoi yang audit a/c saya, sure saja je saya cari pasal nak suruh dia datang cari saya kat cube 10 kali sehari *hihi*

Okeh2, sebenarnya bukan nak cerita pasal ni, tapi nak cerita pasal itu. Tengah sedih sebenarnya. Takde laa sedih sangat tapi sedih jugak. Saja nak bagitau satu dunia saya sedih. Jarang woo sedih sekarang ni sebab dah lama tak layan hindustan. Tapi adik Fiz cakap SRK ada filem baru. Ok sure kena cari lepas ni baru boleh layan sedih. Tapi ada yang review filem Ps: I love U pon sedih n sweet gak. Haih. Nak tengok. Tapi tak mo tengok kat wayang. Segan nak melalak. Nak tengok sorang tak feel. Kene cari teman nanges. Esahh, Fizz, Alianess, jom tangkap lalak! *hihi* Apa aku merepek ni?

Okeh sambung balik. Walaupun semua dah back to what I've planned tapi ada benda yang buat saya sedih. Saya tak nak tangguh lagi dah. Sehari pon tak nak. Down gile okeh bila saya dah planned tapi benda jadi tak ikut plan. Ye, saya tahu, kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan, tapi saya down gile jugak. Well, macam yang Fizz n Esah cakap, Januari people pelik sikit *huhu* Takpelah, masih ada masa lagi. Dan saya harap, saya takkan sedih bila terfikir tentang ini *fingers crossed*

Tapi bila saya fikir balik, apalah sangat sedih saya berbanding kesedihan rakyat palestin. Apalah sangat masalah saya berbanding masalah hidup mati mereka. Setiap hari, berita pasal keganasan Israel dan penderitaan Palestin, buat saya nangis. Ingatkan Obama mampu membuat perubahan, tapi tak. Teringat cerita Sidney Sheldon, The Best Laid Plans, tentang seorang pemuda biasa yang dilobi oleh bapa mertua yang berpengaruh sehingga menjadi US presiden, tentang peperangan di Bosnia, dan tentang dendam seorang perempuan. Saya still dapat bayangkan tentang perasaan seorang wartawan yang cuba membuat liputan di Bosnia tentang kehidupan kanak2 di situ, ketakutan rakyat Bosnia, kematian yang berjuta, seems like everything is so real even though I just read it. Okeh, sekali lagi, saya memang begini. Suka terbawak2 perasaan macam saya yang jadi watak2 dalam buku tu ya. Mungkin lepas ni saya boleh tukar kerjaya menjadi pelakon sebab saya sangat berkebolehan untuk menjiwai semua watak.

Saya rasa patutlah saya stop di sini saja. Saya just nak bagitau saya sedih je. Tapi dah merepek macam2 plak *sambil menarik nafas panjang dan berfikir nak makan apa lunch nanti sebab perut dah menyanyi dengan riang seperti Esah yang kelaparan sebab puasa tapi tak sahur*

3 comments:

Anonymous said...

ps i love you punyer movie tak best sgt yuls, bace buku dier..every single chapter ko akan nangis! outrageously sweet :)

wawa

~ said...

ooh yeke? ko dh tgk eh muvi die? Baik2 aku baca buku jela cmtu hehe eh wawa ko pon layan SPA Q eh eh? hihi aku pon tetibe melayan;p

Anonymous said...

january peeps bukan pelik plis!...but unique! hahahahahaha..ble nak dtg damansara-wood?

 

Template by Best Web Hosting